Three Cute Cherries

Ahad, 12 Ogos 2012

ILMU

terbit pula rasa insaf masa belajar Science Form 3, "star and universe". topik tu banyak sedarkan aku bahawa sebenarnya ilmu yang kita ada sekarang ni hanyalah seperti setitis air sahaja. aku teringat masa sekolah rendah dulu, ada cikgu ni cakap yang ilmu yang kita ada sekarang adalah seperti mencelupkan satu jari dalam lautan yang luas. sampai sekarang aku masih lagi ingat.

setiap kali aku nampak laut, ada something yang cakap, itulah ilmu yg kamu kna cari. (tapi for real, bunyi dia seram sejuk).

sepanjang hidup kita, status kita adalah Student. SEPANJANG HIDUP KITA. jadi tiada istilah GRADUATE dalam mencari ilmu. sebab apa, ilmu itu luas.

bayangkan, kalau manusia dah GRADUATE, siapa yang nak jalankan kajian? itu bermaksud, ilmu yang kita ada sekarang ni dh cukup sempurna. konklusinya, kita mestilah berusaha lebih keras untuk mencari ilmu, kerana? ilmu penyuluh kehidupan. tanpa adanya ilmu, apa yang manusia akan jadi? siapa mahu mentadbir? siapa mahu mencipta? 

bayangkan handphone yang kita hadap hari-hari, pernah terfikir ke kalau manusia tiada ilmu untuk mencipta handphone? mesti tiadalah wujud istilah handphone pada masa sekarang.

The World Is The Biggest Wonders Ever.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan